Selamat Datang Peta Plagiarisme Secara Langsung Yang Pertama

Kami dengan bangga mempersembahkan Peta Plagiarisme Secara Langsung. Buat pertama kalinya, sesiapa sahaja boleh melihat, berinteraksi dan menyaksikan maklumat statistik langsung sebenar tentang perlakuan plagiarisme di seluruh dunia.

Peta ini dikodkan secara berwarna, jadi anda, sepintas lalu, dapat melihat di mana negara-negara plagiarisme yang paling kerap serta di mana ia masih berkembang. Tona hijau melambangkan kandungan “lebih asli” dengan kurang plagiarisme, tona kuning – pertengahan pek, warna merah – penyebaran plagiarisme yang ketara.

Data apa yang dimasukkan dalam Peta Plagiarisme Secara Langsung

Peta Plagiarisme Secara Langsung di cipta dengan menilai 5 juta dokumen terakhir yang telah dimuat naik ke perkhidmatan di seluruh dunia. Kebanyakan dari dokumen adalah kertas kerja dan kertas penyelidikan.

Peta ini mempunyai alat untuk membantu semua orang melayari dan menganalisa maklumat di tangan. Untuk pelanggan kami, keupayaan untuk melihat dan memahami kandungan peta amat ringkas. Walaupun anda melihat peta buat kali pertama, anda akan perasan yang orang Rusia cenderung untuk memplagiat 2.5 kali ganda berbanding rakyat Amerika. Berminat untuk tahu apa yang berlaku dengan negara anda? Skrol ke atas dan dapatkan jawapan terkini dalam hanya beberapa saat.

Peta Secara Langsung

Peta plagiarisme kami adalah “secara langsung”, bererti ia sentiasa dikemas kini dengan statistik paling terbaru dan terkini. Robot kami sentiasa mengumpul data dari pengguna, memantau pangkalan data statistik lain dan mengabungnya di sini, untuk paparan setiap pengguna. Skrol tetikus pada negara anda untuk melihat sama ada peniru mempunyai tempat yang lebih selamat di sini atau di negara jiran.

Alatan global bagi masalah global

“Kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai plagiarisme di seluruh dunia. Dengan membolehkan orang ramai, bukan hanya pengguna kami, tetapi juga orang awam dengan alat yang tepat untuk mengetahui lebih lanjut tentang plagiarisme, Oxsic ingin memperbaiki pandangan dan keputusan yang berkaitan dalam setiap ahli masyarakat kita. Ia boleh di harap, digunakan secara global, memberikan impak secara global – inilah kualiti yang kami sasarkan. “Kata pengasas Oxsic ketika mengulas berkenaan pengenalan peta itu pada orang ramai.

Peta ini percuma, jadi setiap pengguna boleh mengaksesnya, menganalisa dan berkongsi data dengan orang lain, memberi kesedaran dan berkongsi pengetahuan itu dengan orang lain. Maklumat ini dikumpulkan dengan lebih 130 bahasa, jadi hampir seluruh dunia terlibat dalam analisia statistik yang pasukan kami jalankan.

Anda boleh menemui Peta Plagiarisme Secara Langsung di sini.

Leave a Reply