Tentang Pemeriksa Persamaan Oxsico

Kami menyediakan penyelesaian pemeriksaan persamaan dokumen yang paling berkesan dan terkini untuk pelanggan di seluruh dunia.

Dibina berasaskan pengalaman dan pengetahuan

Pakar dan pengasas kami mempunyai banyak pengalaman dalam penyelesaian semakan plagiarisme. Oxsico menggabungkan perkhidmatan pencegahan plagiarisme yang cekap dan berkesan berorientasikan organisasi dan institusi. Buat masa ini, terdapat banyak peluang bagi penyelesaian pemeriksaan persamaan dokumen yang berpatutan. Mereka yang menawarkan perkhidmatan sedemikian kini mengenakan bayaran tinggi. Dalam pada itu, di Oxsico, kami menawarkan perkhidmatan yang amat efektif dan berpatutan untuk pelanggan semasa kami serta bakal pelanggan.

Temui pasukan

Kenali mereka di sebalik Oxsico. Teras kami - pasukan kreatif dan teknikal.
Plagiarism checker for universities

C. KLAUS

Founder

Oxsico - Similarity and plagiarism checker for universities.

A. VIBURYS

Founder | CTO (B2C)

Plagiarism checker for universities

K. TOMKEVICIUTE

CEO

E. STAUGAITIS

CTO (B2B)

Pengalaman pelanggan merupakan keutamaan

Pasukan kami mempunyai sikap inovatif, berorientasikan kualiti, berpansukan keputusan dan di refleksikan melalui perkhidmatan pelanggan kami. Matlamat membina perkhidmatan pemeriksaan persamaan yang mampan yang boleh disesuaikan dan dibina secara individu mendorong pasukan kami menjadikan Oxsico lebih baik hari demi hari. Kami ingin menyelesaikan mengikut kesesuaian masa kerana dalam bidang ini anda harus sentiasa menyesuaikan diri. Selain itu, kami sentiasa mencari jalan bagi meningkatkan penawaran dan pengalaman pelanggan kami dengan melaksanakan teknologi terkini dalam portfolio produk kami.

Sebagai salah seorang pelanggan kami, anda akan sentiasa di hubungkan secara langsung dengan pasukan kami yang sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan anda dan menjawab sebarang soalan yang anda mungkin ada. Sesetengah perkhidmatan hanya berfungsi melalui pengantara atau aplikasi sokongan pihak ketiga. Kami berbeza. Ada sebarang soalan atau cadangan? Perlu penjelasan mengenai butiran khusus? Usah teragak-agak untuk menghubungi kami!

Berminat? Sila hubungi kami!

Pemeriksa Persamaan Oxsico adalah pemeriksa plagiat profesional untuk beberapa jenis perniagaan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan anda dan membantu anda mengawal plagiarisme dalam organisasi anda.
Mulakan

Memilih Oxsico bermanfaat bagi institusi anda

Dengan lebih daripada dua juta pemeriksaan dokumen setiap tahun, Oxsico akan memberi nilai tambah kepada jenama dan organisasi anda. Salah satu dari matlamat kami adalah membuat perkhidmatan pemeriksaan persamaan yang mampu milik. Bagaimana kami melakukannya?
  • Autonomi pengguna yang tinggi
  • Memaksimakan kondisi kerja yang terdesentralisasi
  • Mengintegrasikan teknologi API
  • Tanda-naik yang lebih rendah
  • Membina sistem berteraskan pemimpin industri yang terbukti
Oxsico Similarity And Plagiarism Checker Contacts

Oxsico memahami realiti dunia pendidikan

Kami amat mengerti apa yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan pada tahap yang pengguna harapkan. Walau bagaimanapun, pada abad ke-21 ini masih tidak mencukupi. Pada masa sekarang, penting untuk memberikan impresif pertama yang baik serta sepadan dan sebaik mungkin melampaui jangkaan pengguna. Kita boleh menepati janji tersebut dan menawarkan perhatian sepenuhnya kepada semua butiran dalam semua aspek produk dan perkhidmatan kami. Oxsico berusaha sepenuhnya membangunkan, membantu melaksanakan dan menyokong perisian pemeriksa persamaan yang berkesan di institusi anda. Dunia yang kita diami dan bekerja pada hari ini, menuntut penyelesaian yang cekap dan berkesan bagi membantu anda membuat keputusan perniagaan yang cekap. Tanpa kemajuan digital dan teknologi ianya hampir mustahil. Di Oxsico, kami berusaha keras untuk memberi anda alat dan pendekatan yang memberi manfaat pada perniagaan dan menguntungkan anda. Mari kita bekerjasama mewujudkan perkhidmatan yang terbaik untuk anda!

Memilih kami menjadikan institusi anda lebih baik

Kami sentiasa menjejak pasaran dan perubahannya. Oxsico sentiasa berusaha keras untuk menjadi inovatif dan berusaha untuk mengubah industri dengan menawarkan portfolio produk dan perkhidmatan yang lebih berpatutan bagi pasaran. Anda boleh mencubanya secara percuma dan jika anda suka apa yang anda saksikan - beralih kepada pengalaman premium penuh. Dengan 14 trilion sumber, anda pasti dapat mencari persamaan atau plagiarisme jika ada. Apa lagi? Oh, hanya fakta yang melalui API anda akan dapat membina dan menyesuaikan perisian berdasarkan keinginan anda. Hampir tiada lagi yang melakukannya, melainkan kami.

Ingin tahu lebih lanjut?

Sila berhubung dengan pasukan kami untuk konsultasi atau jika anda ada sebarang pertanyaan. Kami tersedia melalui e-mel atau melalui borang untuk di hubungi. Sekiranya anda masih tidak pasti mengenai perkhidmatan ini, bagaimana ia berfungsi atau hanya mahukan maklumat tambahan - usah teragak-agak menghubungi kami dan pasukan kami akan sentiasa ada untuk membantu anda. Kami teruja untuk bercakap dengan anda dan menerangkan bagaimana Oxsico boleh memanfaatkan organisasi anda dari segi plagiarisme dan pemeriksaan persamaan!
info@oxsico.com